Apa yang majikan nak lagi selain kelulusan akademik yang tinggi?
Masalahnya sekarang, ramai graduan ketika memohon kerja, gagal menampilkan imej diri yang boleh meyakinkan majikan. Pakaian yang tidak kemas, rambut yang tidak terurus dan sebagainya. Perwatakannya sebagai pelajar IPT masih tebal. Tak nak langsung untuk berubah.
Mereka juga gagal mengutarakan pengucapan awam yang tinggi untuk menunjukkan dirinya memiliki pengetahuan yang cukup matang, idea yang kreatif dan pemikiran yang unik. Sekali lagi saya nasihatkan diri saya dan juga sahabat sekalian agar tambahlah ilmu dengan membaca. Kerana dengan membaca, kita akan lebih yakin dan bersedia untuk memohon pekerjaan atau dalam apa jua perkara sekali pun. Majikan akan memilih pekerjanya yang terbaik.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home