Ciri- ciri siswazah yang macam mana?
Siswazah menganggur semakin meningkat!! Sebenarnya, apakah ciri-ciri yang patut siswazah atau anda miliki untuk meyakinkan bakal majikan? Imej dan personaliti diri mestilah lengkap. Pertama, imej graduan di IPT perlu diketepikan. Mereka kena ada imej profesional, kerana itu adalah mustahak untuk mendapat kerja. Kedua, siswazah ini wajar mendedahkan diri kepada dunia ilmu yang bersifat global. Contohnya, perlu mengikuti seminar dan program pembangunan diri yang lebih menjurus kepada skill ( kemahiran ) untuk membawa diri bagi memenuhi pasaran kerja. Salah satu kursus yang patut diikuti ialah berkaitan dengan pengurusan perniagaan, walaupun di IPT bidang pengajiannya tidak melibatkan perniagaan. Contoh-contoh lain seperti, Seminar keusahawanan ke, kursus motivasi ke, kursus pengucapan awam dan sebagainya. Di sini juga saya ingin tekankan bahawa, membaca juga amat penting bagi meningkatkan ilmu dan membuatkan kita kelihatan lebih yakin.....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home