Kelemahan ketara siswazah!
Kebanyakan siswazah menampakkan diri mereka masih berfikir dalam kotak.
Mereka berfikiran cetek, gagal untuk memberi pandangan yang baik, tidak berupaya untuk menghuraikan sesuatu perkara dengan yakin dan point-point yang diperkatakan seperti sudah terkebelakang ( ketinggalan zaman ).
Semasa temuduga, golongan ini mesti menampilkan yang dirinya sudah berfikir di luar kotak.
Sekarang zaman survival untuk seseorang itu mendapatkan kerja. Contohnya, ramai graduan yang memohon kerja di kebanyakan syarikat didapati gagal meyakinkan syarikat untuk dipilih sebagai pekerja. MENGAPA MAJIKAN INI PERLU MENGAMBIL SAYA SEBAGAI PEKERJA!! Ini yang patut diusahakan...
Bukan, meminta belas simpati majikan untuk menerima mereka bekerja. Encik, ambillah saya bekerja. Saya ada banyak tanggungan di bawah jagaan saya. Tolonggglah Encik...., ambillah saya bekerja... Ini yang selalu dilakukan oleh mereka, bukan?
Jadi, mulai hari ini. Yakinkan diri anda untuk anda yakinkan bakal majikan anda!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home