Google

Sunday, November 26, 2006

Sewaktu temuduga.....

“Temuduga! Dah banyak dah menghadiri temuduga. Tapi, tak berjaya juga!”. Ok, di sini saya akan berkongsi tentang perkara yang dilihat oleh majikan semasa temuduga.

Setelah melihat resume yang baik, majikan akan memanggil untuk temuduga. Perkara yang pertama dilihat ialah etika calon. Pertama penampilannya berdasarkan pakaian. Kedua ialah cara masuk ke bilik. Sebelum masuk ke bilik, mestilah mengetuk pintu dan disertakan dengan salam(yang beragama Islam). Pastikan anda membuka pintu dengan perlahan. Jangan sentap macam anda menarik joran yang terkena umpan! Kalau majikan yang ada sakit jantung, pastinya anda dihalau pulang!

Selepas itu, majikan akan melihat perkara yang ketiga pula iaitu adakah calon tersebut terus duduk di kerusi sebelum dipersilakan. Anda hanya boleh duduk sekiranya dipersilakan.( Ini yang banyak calon-calon terlupa! ). Setelah dipersilakan duduk, AWAS! Jangan tarik kerusi itu! Anda perlu mengangkatnya supaya tidak berbunyi.
Duduk dengan sopan dan yakin.

Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini, 90% untuk anda berjaya lebih cerah!
Semoga ketemu lagi.....
GO!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Google